Isnin, 9 Ogos 2010

Kesimpulan

Sesungguhnya, keunikan, keistimewaan, dan kemeriahan perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat pelbagai bangsa di Malaysia sejak zaman-berzaman masih kekal menjadi warisan budaya dan tradisi sehingga ke hari ini. Oleh itu, janganlah kita sesekali membiarkan budaya kita hilang ditelan dek zaman, bak kata pepatah “biar mati anak,jangan mati adat”. Sedarlah bahawa usaha memupuk dan memelihara budaya ini tidak seharusnya dipandang enteng kerana matlamat negara dalam menjayakan misi serta visi 1 Malaysia amat memerlukan kerjasama daripada semua pihak. Justeru, marilah kita bersama-sama memeliharanya supaya budaya perkahwinan ini "tidak lekang dek panas, tidak lapuk dek hujan".

2 ulasan: