Khamis, 12 Ogos 2010

Adat Perkahwinan Masyarakat Melayu


Majlis perkahwinan juga dikenali sebagai hari bersanding bagi masyarakat Melayu. Pada hari persandingan, pengantin lelaki diarak dengan paluan kompang dan diiringi dengan bunga manggar menuju ke rumah pengantin perempuan. Kedatangan rombongan pengantin lelaki akan disambut dengan taburan beras kunyit. Pengantin perempuan akan menyambut kedatangan pengantin lelaki dan kemudiannya pasangan pengantin akan dibawa ke halaman rumah dan duduk di tempat khas yang disediakan. Kebiasaannya, persembahan pencak silat akan diadakan dan selepas itu, pengantin akan dibawa naik ke rumah untuk adat bersanding dan adat menepung tawar. Kemudian, upacara makan beradab oleh pasangan pengantin dijalankan. Setelah majlis selesai, kedua-dua pengantin akan bersalaman dengan kedua ibu bapa dan sanak saudara serta hadirin yang datang.

Disediakan oleh Nurhanim binti Mohd Haji (206327)

1 ulasan:

  1. salam...nak tyer...berbalas pantun semasa merisik menjadi kemestian ke???adakh budaya perkahwinan Melayu xlengkap tanpa berbalas pantun???

    BalasPadam