Selasa, 10 Ogos 2010
Adat Perkahwinan Masyarakat Iban
Masyarakat iban adalah suku kaum Sarawak.Dalam adat perkahwinan masyarakat Iban, upacara membelah pinang akan dijalankan ketika majlis berlangsung. Seorang wanita akan membawa keluar tepak sirih dan kemudiannya membelah pinang tersebut. Pecahan pinang itu akan menentukan tempoh masa pengantin perempuan diwajibkan tinggal di rumah suaminya. Setelah itu, seorang lemambang atau bomoh akan mengadakan upacara menidurkan anak dan mengejutkan anak itu semula dengan beberapa rangkap pantun. Upacara perkahwinan telah dianggap tamat dengan menjalankan adat ini sekiranya tiada kesalahan adat yang dilakukan oleh kedua-dua belah pihak. Tukang ganyang akan memulakan upacara. Ayam yang telah diikat kakinya kemudian dilepaskan dan mentera pun dibaca. Darah ayam akan disembah kepada pengantin. Mengikut kepercayaan masyarakat Iban, majlis akan diadakan di rumah pengantin perempuan selepas itu dan pengantin lelaki tidak boleh tidur sama dengan pengantin perempuan.
Disediakan oleh Ting Ling Ling (206451)
Adat Perkahwinan Masyarakat Orang Asli
Semasa upacara persandingan, ahli keluarga kedua –dua mempelai akan menepung tawar dengan air mawar dan pulut sebagai tanda memberi restu.Upacara melambung duit dilakukan sebagai simbolik kepada kebebasan mempelai menentukan arah tuju hidup di alam rumah tangga.Upacara perkahwinan diakhiri dengan upacara memandikan pasangan mempelai sebagai tanda mereka selamat dikahwinkan.Setelah itu barulah pasangan itu layak digelar suami isteri.
Disediakan oleh Adilah binti Abd Rahim (206299)
Adat Perkahwinan Masyarakat Melanau
Masyarakat Melanau begitu mementingkan status sosial mereka.Perkahwinan antara pasangan daripada status sosial yang sama dikenali dengan sama gara dan pasangan yang berlainan status sosialnya dikenali sebagai sida adat.Perbezaan ini ditunjukkan melalui jenis barang hantaran.Majlis ini akan berlangsung selama tujuh hari dan selama itu juga pengantin perlu mematuhi beberapa pantang larang.Pada hari pertama, pasangan sah menjadi suami isteri dan pada hari ketujuh akan diadakan upacara membebaskan mereka daripada pantang larang
Disediakan oleh Noor Afiqah Bt Ramli (206341)
Langgan:
Catatan (Atom)